em...aku sebenarnya ada satu persoalan dalam benak kepala aku... aku cuba untuk mencari punca dan kesannye walaupun sebenarnya tak payah pun... ye la, orang macam aku ni kan.. suka sangat berfikir. aku kan bintang gemini..orang gemini ni suka berfikir..hehehehe

ntah la...aku pun tak tau kenapa.. kadang-kadang aku rasa macam perasaan aku kat dia seolah-olah berkurang.. kadang-kadang aku langsung tak ada perasaan rindu walaupun berjauhan untuk satu jangka masa yang lama.. sedangkan dia sarat menanggung rindu.. tak tau la kenapa.. namun, aku tau.... dia adalah insan yang terbaik yang pernah aku jumpa dan yang terbaik dalam hidup aku.. walau apapun yang terjadi, aku takkan tinggalkan dirinya yang begitu istimewa dalam hidupku.... em... sebenarnya
kadang-kadang je aku rase cam tu tapi, kenapa aku mesti ada perasaan kurang tu?? em..ntah la... mesti orang takkan faham perasaan aku sebab aku sendiri pun tak faham..

walaupun apa pun, bagi aku... sebenarnya perasaan ni bertambah atau berkurang semuanya adalah kehendak-Nya..
hanya Dia yang boleh melenyapkan dan mengurangkan perasaan ini dan hanya Dia juga yang berhak untuk menentukan wujudnya perasaan cinta atau tidak... ntah la.. aku pun tak tau apa yang aku mengarut ni...

namun, penyelesaiannya bagi aku....
aku akan berusaha untuk menyemai dan membaja perasaan ini, cuma aku takut perasaan ini akan berkurang tanpa di sedari kerana ia adalah sesuatu yang tak dapat di kawal oleh manusia...seperti aku... kerana perasaan itu adalah satu anugerah
yang indah dan tidak ternilai daripada Tuhan Yang Maha Esa... apa yang aku harapkan ialah semoga Tuhan Yang Maha Penyayang tidak akan mengurangkan perasaan ini malah menambahkan lagi perasaan cinta ini terhadapnya.. semoga Allah juga akan sentiasa bersama kami dan merestui cinta ini.. akan ku baja cintaku kepadamu sayang.. insya Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment