AKU CINTA PADAMU
‘ayu, ada surat untuk kau!’
‘sape bagi?’ aku menyambut surat bersampul biru itu dari fiza.
‘ntah la, kau baca la sendiri. Peminat kau kot. Aku posmen je.’ Fiza senyum dan terus berlalu.
Aku mengoyakkan sampul itu.
Wanginya, dia letak bedak la….
Hai,
Apa khabar? Boleh kenal tak? Sebenarnya saya dah lama suka kat awak. Saya memang dah jatuh cinta kat awak pada pandangan pertama. Ikhlas saya katakan inilah kali pertama saya luahkannya pada seorang perempuan. Saya sangat berharap agar awak sudi terima saya…J kalau awak sudi, awak hantar la mesej kat saya malam ni. saya harap awak tak hampakan saya….
0129863260
Ahmad faiz
Laa.. Budak ni rupanya. Sejak bila pulak mamat ni jiwang karat.. masalah betul la.. nak buat camner ni?
‘ayu, sape bagi surat tu? Hafiidz ke?’ fatin, teman sebilikku tiba-tiba mencelah.
‘tak la. Ala, budak yang sama kelab dengan kita tu. Yang satu kumpulan dengan kau tu. Apa namanya… faiz. Ntah la, tetiba je dia ni hantar surat kat aku. aku bukannya rapat sangat pun dengan dia. Cakap dengan dia pun cuma dua tiga kali je. Itu pun, pasal kelab.’
‘habis tu, dia kata apa? Bagi la aku tengok.’
‘tak ada apa. Dia cuma suruh aku mesej dia malam ni. aku tak nak la.. camner ni?’
‘kenapa pulak? Aku tengok dia tu ok je. Kenapa kau tak cuba kawan je dengan dia dulu. Kenal hati budi dia dulu, mana tau kot-kot dialah putera yang kau cari-cari selama ni. hahaha……’ merah muka fatin gelakkan aku.
‘malas la aku..’
‘nanti jangan menyesal sudah.’ Fatin melirikkan matanya ke arahku.
Aku cuma senyum.
Kini, seminggu dah pun berlalu. Faiz pun sudah jarang datang ke perjumpaan kelab.
Dia marah kat aku ke? Takkan la dia serius kot.. Ala, lelaki ni bukannya boleh percaya sangat. Ntah-ntah dia cuma nak main-mainkan aku!
Dalam bilik pulak, fatin asyik bercerita pasal faiz memandangkan mereka satu kumpulan.
Kenapa dengan fatin tu? Macam ada yang tak kena je..
aku teus bermonolog sendiri.
Sebaik fatin sampai di bilik, dia terus mendapatkan aku yang tengah berehat di atas katil.
‘ayu, aku nak cakap sikit ni. tapi kau kena janji yang kau takkan marah kat aku.. janji la.’
Fatin merengek-rengek bagaikan budak kecil.
‘apa ni, cakap je la. aku nak tidur ni. aku tak kan marah…’
‘sebenarnya, tadi faiz ada cakap sesuatu kat aku. Tau tak dia cakap apa?’ Fatin tersengeh-sengeh lagi.
‘apa dia? Cakap je la. aku nak tidur ni.’ aku sedikit meninggikan suara.
‘dia cakap, setelah dia kenal lama dengan aku, dia dah suka kat aku. Aku pun sebenarnya suka jugak kat dia. Emm, kau marah tak kalau aku terima dia?’
Aku terdiam. Dengan tiba-tiba hati aku terusik.
Dasar lelaki. Senang je beralih arah. Dulu bukan main. Kata cinta la, apa la.. sekarang..? kalau orang lain, tak apa la jugak. Ini kawan baik aku sendiri.. memang dasar lelaki!
‘ayu, kau marah ke?’ soalan fatin menyedarkan aku dari khayalan.
‘eh, tak la. aku mana ada apa-apa dengan dia. Kenapa kau tanya aku pulak? Soal dia tak ada kene mengena langsung dengan aku.’
‘aik? lain je bunyinya..’ fatin tersengeh lagi.
‘kalau macam tu, terima kasih ayu!’ fatin mencubit pipiku dan berlalu ke bilik air.
Kenapa dengan aku ni? kenapa aku rasa lain aje dengan soalan fatin tadi? Argh…!!!
Kuliah berjalan dengan biasa. Hubungan fatin dan faiz juga semakin rapat dan ia membuatkan sesuatu terdetik di hatiku.. Keluar dari bilik air, aku terus bersiap memandangkan dah lewat untuk ke kuliah. Telefon fatin tiba-tiba berbunyi nyaring.
Alahai, siapa pulak yang call pagi-pagi ni. tak tau ke orang tengah sibuk ni. fatin ni pulak satu hal, mandi macam tak nak keluar.. aku merungut sendirian dan terus melangkah ke arah telefon bimbit fatin. Di skrin telefon itu, terpampang nama faiz.
Calling…
Faiz
‘helo.’
‘helo, fatin. Macamana dengan projek kita tu? Ok tak?’
‘err, ni ayu. Fatin dalam bilik air.’ Aku bersuara.
‘ops, sori. Salah orang. Ingatkan fatin tadi. Sori la, ganggu pagi-pagi ni. telefon ni sebab rindu nak dengar suara fatin. Oklah, kirim salam sayang kat dia ye. Bye!’
Klik!
Mengada-ngada. Menyampah!
Macam dia sorang je yang bercinta. Minta-minta tak kekal lama.. baru padan muka..
Ya Allah, kenapa dengan aku ni.. sampai hati aku niat macam tu pada kawan baik aku sendiri. Fatin, maafkan aku…
Aku semakin cemburu bila melihat hubungan fatin dan faiz berjalan lancar. Barulah aku menyedari yang ada perasaan halus yang wujud dalam hatiku untuk faiz. Semuanya salah aku. Aku yang terlalu cepat menolak. Kalaulah masa boleh di undur….
‘ayu, aku nak keluar dengan faiz ni. kau nak ikut tak?’
‘kenapa ajak aku pulak? Kan kau bercinta dengan dia, takkan nak aku ikut jugak?’ aku sedikit meradang dan langsung tak memandang wajah fatin.
‘ayu, kenapa ni? kau marah aku ke? Kau tak suka aku keluar dengan faiz?’ fatin mendekatiku. Aku segera memandangnya.
‘em..tak ada la fatin.. kalau kau nak keluar, pergilah. Aku tak pernah marah pun. Kan aku dah cakap. Aku tak ada apa-apa dengan faiz. Kenapa mesti aku marah kan…’ tuturku lembut sambil melemparkan senyuman pada fatin. Dalam hatiku, hanya tuhan yang tahu betapa aku cemburu melihat kemesraan mereka.
Faiz, aku dah mula menyayangimu…
‘oklah. Kalau macam tu, aku pergi dulu ye.. bye!’
Faiz, kenapa cepat benar kau berubah.. walau apa pun, aku harap kau akan bahagia dengan fatin. Mungkin fatin lebih layak untuk kau berbanding aku…
Sewaktu aku berjalan menuju ke kafeteria, aku terdengar suara seseorang memanggil namaku. Lantas aku berpaling.
Faiz?
‘ayu, nampak fatin tak? Kalau jumpa dia, tolong bagi bungkusan ni pada dia. Hati-hati tau. Ni barang istimewa. Boleh ye ayu?’ faiz senyum.
Aku sedikit gementar dan malu bila bertentang mata dengan faiz. Hatiku berdegup kencang. Wahai hati, bersabarlah…
‘err, nanti ayu bagi kat fatin.’ Aku menyambut bungkusan itu.
‘terima kasih. Pergi dulu!’ faiz berlalu.
Faiz, kalaulah kau tahu apa yang terbuku di hatiku…
Fatin baru sahaja keluar untuk berjumpa dengan faiz. Saat ini, aku terlalu merindui faiz.
Faiz, hadirlah walau seketika.. ah! lupakan..aku tak boleh ingatkan faiz lagi. Dia milik fatin. Tak mungkin aku akan merampasnya dari teman baikku sendiri..
Air mataku mula menitis tanpa disedari..
Aku tergesa-gesa menyapunya bila fatin tiba-tiba muncul di muka pintu.
‘ayu, kenapa ni? kau menangis?’
‘eh, tak adalah. Mata aku masuk habuk la. Kau la punya pasal, almari kau ni banyak sangat habuk. Sakit mata aku tau..’ aku pura-pura menyapu debu di situ.
‘ayu, kau jangan la nak tipu aku. Aku dah kenal lama dengan kau tau. Ni mesti ada sesuatu. Bagi tau la. kalau mampu, aku mesti tolong.’
‘betul, tak ada apa. Eh, kenapa kau balik ni? faiz mana?’ aku cuba mengubah topik.
‘aku tertinggal barang. Jadi aku naik ni nak ambil barang la. faiz ada tunggu kat bawah.’ Aku tunduk. Fatin menyambung..
‘ayu, kau cemburu aku keluar dengan faiz?’ fatin seolah-olah ingin mendugaku.
Aku sedikit gelabah.
‘err, tak ada la. mana ada.’
‘ayu, kau tak pandai bohong la. kau ada hati kat faiz yee…’ fatin terseyum dan tiba-tiba ketawa dengan agak kuat. Aku tercengang. Malu bila fatin menyindirku sebegitu.
‘ok, ok. Sori. Aku minta maaf.’ Fatin menekup mulutnya. Dan menyambung.
‘biar aku ceritakan semuanya hari ni. tapi, sebelum tu, aku nak kau mengaku kalau kau suka kat faiz. Camner?’
Aku diam.
Takkan la aku nak mengaku. Malu la beb..
‘oklah, macam ni. sebenarnya aku dengan faiz tu tak ada apa-apa. Kitorang cuma kawan saja. Dia masih suka kat kau la, ayu. Ni semua rancangan faiz. Dia nak uji kau aje. Sebenarnya, dia betul-betul suka kat kau. Sebab tu dia buat semua ni. bila aku tengok kau macam cemburu aje aku rapat dengan faiz, jadi aku teruskanlah lakonan ni. amacam? Pandai tak aku berlakon? Haha… susah betul la nak buat kau mengaku…’ fatin gelak lagi. Kali ni lebih kuat.
Aku hanya mampu memandang. Hatiku tiba-tiba berbunga.
‘apa yang kau cakap ni? pening la aku..’
‘betul. Faiz masih sayangkan kau. Ingat tak bungkusan yang dia bagi kat kau dulu?’
‘oo, bungkusan tu. itukan untuk kau. Dari jauh lagi panggil nama aku nak suruh aku bagi kat kau..’
‘memang la. tapi aku cuma sebagai penjaga. Sebenarnya dalam kotak tu, ada pokok kaktus kecil. Aku yang bagitau faiz yang kau suka kaktus kecil. Kau tau tak, dia sanggup pergi jauh nak cari kaktus tu semata-mata nak hadiahkan kat kau.’
Aku teringat kata-kata faiz dulu.
Hati-hati tau. Ini barang istimewa!
‘jadi, selama ni….’ aku senyum.
‘ye la. aku buat macam ni pun sebab nak suruh kau lebih menghargai faiz. Aku tau kau pun suka dia kan..’ fatin melirikkan matanya padaku. Dan lantas menyambung.
‘pergilah. Dia tunggu kat bawah tu. Jangan terlepas lagi sudahlah..’
Aku memandang fatin dengan hairan.
‘cepat la. dia tengah tunggu tu. Nak fikir apa lagi? Nanti, nangis lagi…’ usikkan fatin membuatkan aku rasa malu. Aku segera bangun untuk menyalin pakaian. Ku pandang fatin yang tengah mengeluarkan kaktus dari kotak.
‘fatin, terima kasih…’
Rubi...05