bulan rahmat penuh keberkatan.
RAMADHAN.
Tahun ni ialah tahun pertama aku puasa ngan Husband.. jadi azam aku tahun lepas, aku akan masak untuk suami sempena puasa pertama bersama-sama ni. lagipun, suami aku ni pulak jenis suka makan masakan isteri kat umah. padahal aku tak pandai masak pun.. terpaksa la kena blaja... nak amik hati suami la katakan.. hehehe
Mungkin sebab dia dah terbiasa hidup macam tu kot. Ye la, masa bujang dulu pun, setiap hari makan kat umah. Mak dia masak. So, sekarang ni suami nak aku meneruskan cara hidup dia iaitu Makan Di Rumah Setiap Hari…
Penat la jugak kan.. balik kerja nak masak untuk berbuka lak. Tp, xpe.. untuk suami boleh la.. Lagipun, dia selalu tolong aku kat dapur.. memang rajin orangnya.. hehe
Jadi untuk segmen ni, aku akan tunjuk apa yg aku sempat masak untuk berbuka sepanjang Ramadan 2011 ini..
Untuk puasa hari yang ke – 4
Menunya adalah:
ikan singgang pedas + sotong goreng + daging goreng + ayam goreng ayamas + ayam golek.. banyaknya menu ayam kan? Hehehhe.. sebabnya aku ni pengemar ayam.
Hari ke – 6
Menunya ialah daging lada hitam + ikan masam manis + ayam goreng ayamas.
Dan menu untuk suami pulak, mee goreng basah.. dah lama dah dia nak makan mee goreng basah ni. Baru ada kesempatan untuk masak. Hehe
Hari ke – 9
Menu : daging gulai + ayam lada hitam + ayam goreng + jemput pisang
Hari ke – 10
bestnya hari ni..!!! akhirnya aku leh berbuka puasa kat kedai.. ye la, sekali sekali nak jugak merasa masakan kedai kan.. hehe
Menunya pulak ialah:
Sup ayam dan daging + puyuh tiga rasa + daging masak merah + kalian ikan masin + telur dadar
kenyang..... hehehe
Hari ke – 11
Hari ni pulak aku masak makanan kegemaran suami aku. Iaitu NASI GORENG..!!
suami aku ni suka sangat la kalau wat nasi goreng. Dia akan tolak makanan lain semata-mata untuk nasi goreng. tak la kenapa taksub sangat ngan nasi goeng tu.. hehe. tapi, bile fikir-fikir semula, aku pun taksub jugak ngan ayam goreng. kira seri la tu.. hahaha
Jadi, untuk gembirakan hati dia, aku masak la nasi goreng hari ni…
Menu : nasi goreng + ayam golek + jemput-jemput
Perasan tak? menu berbuka puasa kitorang ni jarang ada sayur kan.. erm, sebenarnya aku ni kurang makan sayur, jadi jarang la beli sayur. kadang-kadang je ada.. suami aku ikut je..nasib baik. hehe
then, hari ke 12 dan 13, kitorang berbuka di rumah mak sedara dan rumah mak suami merangkap mertua aku..
hari berikutnya, aku kena la masak semula..
Hari ke - 14
Menu : ikan singgang + ikan goreng + daging gulai + ayamas + telur masin +
kuih + tembikai + air buah tembikai
then...
Hari ke - 15
menunya ialah : udang masak merah + ayam goreng + sotong singgang + sate (beli) + tembikai
best gak masak-masak ni.. cuma kadang-kadang je aku malas sebenarnya. ye la, balik kerja mesti penat. cuma aku kuatkan hati je, sebab kena la blaja.. nanti dah ada anak, lagi penat.. so, aku terpaksa la blaja-blaja...
ok... dah abis part 1 - setengah bulan berpuasa. tunggu plak part 2, ada setengah bulan lagi untuk berpuasa. sekejab je aku rase tahun ni. tahun lepas rase cam lama.. kan??









0 comments:
Post a Comment