sekarang ni baru je masuk tahun 2012.. aku nak cite
sikit pasal kerja aku kat opis ni.. actually,
bulan disember 2011 baru ni, aku dah abis kontrak..
so, melepak je la kat umah. memang seronok..
bahagia sangat-sangat.. ye la, selama ni aku
duk tensen kerja hari-hari kat opis.. nak
sangat-sangat bercuti. kira hikmah
dalam ujian la lebih kurang...
hehehe


lama gak aku bercuti di rumah sebab bos c
akap tak payah masuk kerja selagi tak dapat
surat sambung. pas 3 minggu aku melepak,
akhirnya bos pun mesej la jugak...
suruh masuk opis, sebab dah dapat sambung..
kira ok la, ada rezeki lagi kat opis tu dan rasa
tensen aku selama ni pun dah tenang sikit..
jiwa pun dah tenang..


tapi hubby aku yang sama kontrak ngan
aku lum dapat sambung lagi. tapi tak pe,
rezeki tuhan ada kat mana-mana... lagipun,
my hubby ada kemahiran lain, so dia masih
leh cari duit dengan kemahiran
yang dia ada..


sekarang ni, aku kena la meneruskan kerjaya
seperti dahulu di pejabat ni sampai la kontrak
ni abis semula.. nasib seterusnya, tak tau lagi..
Insya Allah, aku tak de lah bimbang sangat.
sebab aku dan suami dah ada perancangan
masa hadapan dan insya Allah, kalau tak de aral
ada la rezeki nanti...
amin.

Hujung minggu lepas, hubby aku sibuk sangat..
sibuk ape lagi, sibuk ngan keje la. dia dan laptopnya.
dari lepas subuh dia buat kerja sampai la jam 10 pagi,
11, 12 tengahari.. pun tak siap-siap lagi.. aku dah rasa bosan
teramat dah. ye la, tak dapat perhatian dari
suami la kononya.. hehehe..


tapi aku tau, dia kerja kuat untuk cari rezeki untuk
aku dan bakal baby kami nanti.. cuma saje, aku nak
sentap gak... hehehe

aku pun merajuk la sikit sebab tak di layan sampai la
kul 2.30 petang.. baru la kerja dia siap. cian gak kat
hubby aku tapi tak tau la.. aku rasa cam nak merajuk gak.
then, hubby aku pun ajak aku keluar.. gi jalan-jalan,
gi beli baju, gi makan, gi tepi pantai... semuanya sebab
nak amik hati aku semula. padahal dia dah
penat-penat siapkan kerja.. aku terharu sangat
dengan kasih sayang suami aku..
mungkin aku ni tak pandai menghargai..


abang, maafkan saya ye....
dan terima kasih sangat atas perhatian
dan cinta abang pada saya.


i love u so much..
alhamdulillah... syukur sangat ke hadrat Ilahi..
citenya bermula cam ni..

semalam aku sengaja ajak hubby aku gi giant,
cakap nak jalan-jalan. padahal aku nak gi
Guardian sebenarnya. nak beli pregnancy test.
saje je...

then, aku bangun awal-awal pagi tadi, check la
my urine test.. test punya test, terkejut aku... ada 2 line.. !!!
that mean i'm pregnant??
aku pun solat subuh, then kejutkan
hubby aku. saje aku nak buat suprise.. aku cakap
perlahan-lahan yang aku check and
ada baby... hehehehe..
terkejut hubby aku..
hahahaha


syukur sangat, tapi tak pasti lagi.. sebab mana tau
salah ke ape ke kan... so, sampai je kat pejabat,
dalam kul 11 pagi, kitorang pun keluar gi klinik
untuk check lagi sekali.. confirmkan,
leh legakan hati aku ni..


then... it's POSITIVE.. !!

alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...

syukur sangat.. sebabnya, orang yang bijak pandai
cakap aku ni maybe payah sikit nak dapat. sebabnya
haid aku tak teratur. sejak zaman
sekolah lagi.... sekarang ni pun aku tengah
makan ubat untuk stabilkan hormon, baru sebulan makan...
alhamdulillah sangat...


Allah nak bagi jugak rezeki untuk aku n suami..
syukur sangat. tapi, bimbang tahap dewa jugak ni..
sebab baru je sebulan, tadi aku terus pergi scan,
doktor cakap tak nampak apa-apa lagi. kosong.
sebab awal lagi kot.. dia suruh datang lagi 2 bulan.
aduh, lemah semangat aku. nak hitung
2 bulan untuk scan lagi ni, cam 2 tahun je...


ya Allah...
selamatkanlah kami..
berilah kami kesihatan yang baik ya Allah..
amin.

kali ni aku nak bercerita pasal suami aku atau hubby... hehehehe

aku ni beruntung sangat.. nak tau kenapa?? sebab hubby aku ni
serba serbi pandai. tak payah susah-susah,
pening kepala.. mintak je apa je,
mesti dia leh buat.. hehe

perkara yang dia leh buat sebelum ni...

baiki paip air bocor,
tukar paip yang rosak,
baiki lampu rosak,
pasang lampu kat bilik,
pasang kipas dinding,
pasang pemanas air kat bilik mandi,
design rumah,
buat pelan tanah,

dan macam-macam lagi la... tak sangka aku, rupanya suami
aku ni serba serbi tau buat..

senang sikit.. hehehehe
Ni ialah kesinambungan kisah aku nak buat loan tu...
setelah berminggu-minggu aku google dalam
tenet nak cari pinjaman, akhirnya aku dah putus asa..


hakikatnya aku tak kan dapat loan yang aku nak..
aku nak buat loan dalam jumlah yang banyak tp yang
lepas cuma ciput je.. aku redha dan usaha je
dengan yang dapat sedikit tu...


then............

aku jumpa sesuatu yang menarik sepanjang pencarian aku tu.
iaitu AGEN PINJAMAN PERIBADI.. hehehehehe


aku pun akan jadi pengganggur tak lama lagi.. jadi,
apa salahnya kalau aku cuba nasib cari rezeki
kat sini pulak kan..


so, bermulalah episodnya..


sampailah borang keahlian sebanyak 10 keping. jadi
paham-paham je lah. kena la cari orang
yang nak buat loan..


then....


my first customer.!!!
iaitu suami aku sendiri... hahahha.
tp, kena reject gak sebab dia kontrak.

ok.. tak pe, susah-susah dahulu.
then,
aku dapat pulak customer no 2. iaitu rakan
sekerja kat opis... aku pun hantar la borang dia.. bersedia la tunggu perkembangannya nanti..