saat ini hubungan aku dan dia baru saja menjengah 5 bulan.. budak-budak opis sekarang sibuk nak tau bile hubungan ni nak melangkah ke alam seterusnya... aku faham perasaan diorg. mungkin diorang tak sabar.. aku pun tak sabar sebenarnya untuk menempuh alam seterusnya dalam hidup aku... tp, nak wat camner, mungkin tak de jodoh lagi... heheheheh

diorang pun asyik bagi aku ayat-ayat ni setiap hari... dan ayat ni bukannye di keluarkan oleh seorang, tetapi majoriti di pejabat aku... termasuk la pompuan, lelaki, muda, dan tua...hehehehe

1- cepat la buat... nak tunggu ape lagi...
2- kalo lambat-lambat kang, melepas tak tau... rugi tau...
3- untung sangat dapat si dia.. dia tu sangat la baik.. tak kan jumpa lagi orang yang sebaik dia..
4- camner la si dia tu boleh suka kat aku... pandai jugak aku ni sampai dapat si dia...

hahahahaha... ntah la.. macam-macam diorang ni...
tp, dalam hati aku pun, aku akui kebenaran apa yang di katakan oleh mereka.. bagi aku, dia ni adalah terbaik untuk aku dan aku sangatlah bertuah kerana dapat memiliki hatinya...
andai kata aku kehilangan dia, aku pasti aku takkan dapat lagi lelaki yang lebih baik daripadanya...

terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memberi apa yang di hajati selama ini walaupun lambat... ternyata betul la orang cakap, Tuhan Maha Penyayang.. Dia akan memakbulkan doa kite samada cepat ataupun lambat...

doa aku di makbulkan untuk di pertemukan dengan insan seperti si dia setelah 8 tahun aku hidup dalam kesedihan... aku bersyukur pada-Mu ya Allah...

panjangkanlah jodoh kami sehingga ke jinjang pelamin dan ke alam syurga.. kuatkanlah hati kami dan tetapkanlah hati kami kepadamu ya Allah....

amin.....
actually dari kelmarin lagi, aku dah berkira-kira nak bawak makanan dan makan-makan ngan dia kat tepi pantai.... berkelah la kononya... hahahha

ye la, dah lama kitorang ni cakap, nak berkelah la... nak gi mandi kat pantai la... nak gi sekayu la.. nak gi tengok wayang la... nak gi situ la... nak wat itu la... ini la... tp, cakap je. bile nak jadi ntah.. geram tul.. hehe

akhirnya aku pun mengambil langkah.. xde apepun. aku wat nasi goreng yang merupakan makanan kegemaran dia.. goreng keropok sikit, telur sikit, dan air t
eh.. aku tak bagitau kat dia sebenarnya.. kitorang just janji nak jupe lepak-lepak je. bile dah sampai, aku cuma mesej dia cakap x payah beli pape sebab dah ada makanan...hehehehe






hari tu, xsangka lak dari pagi sampai petang aku wat keje. ingatkan xde la lama sangat, tp tgk jam dah petang dah pun... ish3...

bangun pagi, aku makan dulu... ayah yang belikan makanan..hehehe. then, kemas rumah, then gi pasar, then masak untuk makanan tengahari kat rumah.. then barulah masakkan untuk My Sweetheart...hehehe..

walaupun simple, tp aku rase best jugak... lepak-lepak sambil makan makanan dari rumah... pastu, kitorang nak gi main air pantai, tp tak sempat lak... cuma sempat bergurau senda je kat tepi pantai tu...hahaha.. ntah pape..

tp, yang penting, dia pun happyyyyy sangat petang tu.... hehehehe
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

sekarang ni, ramai yang usik-usik aku sebab si dia dah dapat kereta baru yang dia beli bulan lepas.. bukan kereta besar pun..bese-bese je.. sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal kereta tu... kalau tak ada pun, aku tak kisah... sebab kitorang dah ada pengangkutan...
dan sebenarnya..aku tak bagi pun dia beli kereta.. moto yang dia ada pun dah cukup. kalau boleh, aku nak dia kumpul duit untuk sesuatu yang lagi penting... of coz la untuk majlis kami..hehehehe..pasal kereta, beli kemudian.. bile ada rezeki lebih...

tp, tu la...dia ni degil sangat... aku cakap tak yah beli...nak beli jugak... katanya untuk kegunaan dia dan apa-apa kegunaan kemudian hari... ye la, aku setuju je la... malas nak cakap banyak kan...

dan hari khamis, dia pun gi la amik kereta tu... dia cuti hati tu sebab nak setelkan hal-hal dia.. aku lak keje macam biasa.. yang buat aku tersenyumnyer, dia nak aku orang pertama yang naik kereta tu... pas amik je kereta tu, dia gi jalan-jalan kat giant yang ada kat sebelah pejabat aku untuk tunggu waktu rehat...so, nanti leh la jemput aku gi jalan-jalan ngan kereta baru... hehehe


kitorang pun gi la jalan-jalan, makan-makan di waktu rehat yang sekejab tu... aku rase cam istimewa lak aku ni... tp, x gi mana pun...jus merasa naik kereta baru dan menjadi orang yang pertama... hehehe.

petang abis keje pun, kitorang pegi jalan-jalan lagi ngan kereta baru... dia ajak, aku pegi je la...hahaha

family dia pun dia bawak keesokkannye untuk jalan-jalan...hehehehe

apa pun, aku rase gembira sangat menjadi ''orang pertama'' dan aku bersyukur kerana aku sedar betapa istimewanyerr aku di hati dia....

peace!!!