semalam kitorang wat memory lagi.. actually semalam x plan pun nak kuar. tp, tiba-tiba petang tu dia bagitau aku yang dia kena gi Kuala Lumpur. aku ingat sehari je.. rupanya 4 hari. geram tul.. so, untuk wat bekal tak jumpa lama ni.. aku pun ajak la kuar malam tadi..hehehe

akhirnya kitorang pun gi je la KFC. nasib baik tak ramai orang.. mungkin sebab bukan malam minggu kot.. mujur la..hehehe. kitorang amik menu baru KFC... Royal ape ntah.. dapat hadiah jam KFC.. cantik gak. dia ckp dia nak amik set tu sebab nak bagi jam tu kat aku..hehe.. sweetnya..
sebenarnya aku mmg dah plan nak gi makan ngan kawan-kawan untuk beli set tu sebab nak dapat jam.. alih-alih dia dah bagi.. cam tau-tau je..hehehe

mulanya aku nak makan ayam je. nak bagi dia makan nasi tu.. belum lagi makan, dia suruh aku rase. siap nak suap lagi tu.. ngan terpaksa aku pun rase la.. last-last, keje dia suap aku je.. hampeh tul budak tu.. duk suap aku. dah la perut aku dah besar ni... nak suruh besar lagi..hahaha.

aku ckp kat dia, mesti orang jeles tgk dia suap aku ni... aku bagi dia 2 ayat yang mungkin orang akan kata...

1- untungnya budak pompuan tu.. kekasih dia suapkan..
2- ala.. belum kawin, mesti la main suap-suap.. tgk la lepas kawin nanti..

hahahaha... aku pun xpasti orang akan cakap yang mana satu.. yang pastinya dia gelak je semalam.. aku pun sakit perut gelakkan dia bila aku try nak suapkan straw minuman kat dia pastu main tarik-tarik...hahahaha. padan muka, dia suap nasik kat aku pun cam tu gak.. main tarik-tarik.. nasib baik aku ni jenis yang sempoi. aku pegaang tangan dia.. makan gak nasik dalam sudu tu..hehehehehe. ngada tul kitorang ni... tau xpe..

lepas makan yang banyak gelak ketawa tu, kitorang pun gi la lepak kat tempat-tempat cerah sikit.. kang duk kat gelap, bahaya lak..takut aku..hehehe

kerana hujan, balik lambat gak semalam.. sebab dia datang ngan moto. so, takkan nak suruh dia redah je kan.. kecian gak kat dia... aku pun teman la dia kejab sampai hujan renyai-renyai... kejab je... then, kitorang pun balik....

sayang...i'm so happy last night.. thanks for being part of my life.. i'm really2 love and i know u are really2 love me too... i hope our dreams will be come true..
em...aku sebenarnya ada satu persoalan dalam benak kepala aku... aku cuba untuk mencari punca dan kesannye walaupun sebenarnya tak payah pun... ye la, orang macam aku ni kan.. suka sangat berfikir. aku kan bintang gemini..orang gemini ni suka berfikir..hehehehe

ntah la...aku pun tak tau kenapa.. kadang-kadang aku rasa macam perasaan aku kat dia seolah-olah berkurang.. kadang-kadang aku langsung tak ada perasaan rindu walaupun berjauhan untuk satu jangka masa yang lama.. sedangkan dia sarat menanggung rindu.. tak tau la kenapa.. namun, aku tau.... dia adalah insan yang terbaik yang pernah aku jumpa dan yang terbaik dalam hidup aku.. walau apapun yang terjadi, aku takkan tinggalkan dirinya yang begitu istimewa dalam hidupku.... em... sebenarnya
kadang-kadang je aku rase cam tu tapi, kenapa aku mesti ada perasaan kurang tu?? em..ntah la... mesti orang takkan faham perasaan aku sebab aku sendiri pun tak faham..

walaupun apa pun, bagi aku... sebenarnya perasaan ni bertambah atau berkurang semuanya adalah kehendak-Nya..
hanya Dia yang boleh melenyapkan dan mengurangkan perasaan ini dan hanya Dia juga yang berhak untuk menentukan wujudnya perasaan cinta atau tidak... ntah la.. aku pun tak tau apa yang aku mengarut ni...

namun, penyelesaiannya bagi aku....
aku akan berusaha untuk menyemai dan membaja perasaan ini, cuma aku takut perasaan ini akan berkurang tanpa di sedari kerana ia adalah sesuatu yang tak dapat di kawal oleh manusia...seperti aku... kerana perasaan itu adalah satu anugerah
yang indah dan tidak ternilai daripada Tuhan Yang Maha Esa... apa yang aku harapkan ialah semoga Tuhan Yang Maha Penyayang tidak akan mengurangkan perasaan ini malah menambahkan lagi perasaan cinta ini terhadapnya.. semoga Allah juga akan sentiasa bersama kami dan merestui cinta ini.. akan ku baja cintaku kepadamu sayang.. insya Allah...

amin.

semalam macam biasa la, habis je keje.. kitorang terus gi lepak... cuma kali ni aku mintak ngan dia gi tempat lain. tak nak la gi tempat biasa.. asyik sama jer..hehehehe

dan seperti biasa jugak la... kitorang makan-makan, lepas tu gi la duk mana-mana and sembang... apa yang aku nak kongsi ialah aku rase semalam dia asyik ketawa je... aku cakap sikit, gelak.. aku cakap lagi, gelak lagi... aku terfikir, aku ni kelakar ker??? walaupun aku rase tak, tp sebenarnya dulu...time dulu-dulu la...ramai kawan-kawan aku kata aku ni kelakar.. hahaha. ape yang kelakar, aku pun tak tau...

tp, semalam aku rase seronok sangat bile dapat gembirakan dia... perasaan tu lain.. ntah la. inilah aku.. kalau boleh, aku nak sentiasa buat dia ketawa dan membahagiakan dia... itulah yang bermain dalam fikiran aku sekarang... maybe aku ni ada gak sifat-sifat humor kot...hahahaha

ntah...wat ever la..


pada pendapat aku la kan... dalam sesuatu perhubungan yang ikhlas, haruslah mampu untuk menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing... bagi aku, ini suatu perkara yang agak penting...

waktu-waktu yang aku habiskan dengan Dia, aku lebih suka mempamerkan kelemahan yang ada dalam diri aku berbanding kelebihan.. sebabnya kelebihan tu of coz la suma orang dapat terima kan... tp, yang kelemahan kita lum tentu orang dapat menerima.. jadi, aku banyak beritahu dia pasal apa yang kurang pada diri aku.

aku ni jenis yang suka belajar tentang hidup ni melalui pembacaan... daripada pembacaan aku, aku dapati ramai yang berpisah selepas berumah tangga kerana tak dapat terima kelemahan pasangan masing-masing.. ye la, time berkasih bercinta mesti la yang manis-manis dan yang lebih je nampak kan....bile dah duk bersama, baru la tau perangai yang tak nampak sebelum ni...actually banyak sebab untuk ke arah perpisahan, tp bagi aku tu adalah salah satu sebab yang agak penting jugak...

sebab tu la, aku banyak beritahu perangai-perangai aku yang kurang elok kat dia...tp, bukan bagitau saje-saje tau... aku beritahu dan cuba untuk ubah apa yang tak elok kat diri aku... sekurang-kurangnya andai kata aku tak sempat nak ubah sepenuhnya time bersama nanti, dia dah tau dan bagi sokongan kat aku untuk menjadi lebih baik.... tul tak??? betul la kot... hahaha

walau apa pun, demi cinta kiter.. saya akan cuba menjadi insan terbaik dan pasangan yang terbaik... i'll coz i'm really love u....

l'm promise my dear....

WANITA BERSIFAT ANGIN


Gemini (22 Mei-21 Jun)


-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.


-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.


-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.


-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.


-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.


-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.


-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.



Rahsia Warna Kegemaran Wanita


Warna Ungu


Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


Warna Putih


Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


RAHSIA BULAN KELAHIRAN

MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal

pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa

diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam

pandai berdebat
f
izikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan

suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi

agak boros

Rahsia Di sebalik Kegemaran Warna Bunga Ros

Bunga Ros Putih

Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

semalam adalah hari yang mengembirakan pada aku.... actually ayat yang tepat ialah hari yang akan membawa kepada kebahagiaan..hehehehe

sebabnya semalam si dia akhirnya datang gak ke rumah aku... so, leh la berkenalan ngan suma family aku. langkah pertama dalam perhubungan yang serius...hehehehe

aku pun dah 4 hari x jumpa dia sebenarnya.. ada ''kekeliruan'' sikit berlaku pada hujung minggu tu, tp kitorang kan profesional.. so, kitorang selesaikan dengan cara komunikasi... yeah, tu adalah cara yang tebaik untuk mengatasi konflik.. pada pendapat aku la.. dan aku rase pendapat aku tu betul...

tp, semalam dapat jumpa gak...lepas ar sikit rindu...hahahaha

pape pun... i'm sooo happy yesterday and today... i hope i'll happy for all my time...
thank sayang coz sudi hadir dalam hidup ini... aku menantikan kehadiran dirimu untuk sekian lamanya... akhirnya ku temui.... ku harap kite akan berkekalan tanpa halangan... amin.
ni sambungan pasal kisah marah dan maaf tadi....hehehe. semalam aku rase marah je kat dia.. siap merajuk lagi. sampai la pagi ni.... alih2 tengahari dah gi makan sama... xleh la marah lama-lama.. pesal ek??

tadi dia beria ajak makan sama...kononnyer nak pujuk la tu...aku tolak..tolak lagi.. lagi-lagi tolak...
akhirnya sampai kul 1, aku mengalah gak... kitorang senang je. kalo dah gi makan tu, kira baik sendiri la tu...hampeh tul kan... nanti mesti dia wat lagi...geram je.

pape pun, kira ok la untuk hari ni... aku pun tak leh kalo berjauhan ngan dia. atau lama tak jumpa dia.. betul la kata orang, cinta tu ntah pape kan... hahahahaha
maaf.....satu ungkapan yang biasa bagi orang lain. tp, satu ungkapan yang sikit mahal bagi aku.. actually kan, aku kurang suka sikit bile seseorang buat salah, then lepas tu minta maaf.. then lepas tu buat lagi... then minta maaf lagi.. i'm really dont like it..

sebenarnya saat ni aku tengah rase sikit marah kat dia.. dan aku sedar 2-3 hari ni aku asyik rase marah je kat dia.. aku xtau la kenapa.. mungkinkah sebab hormon aku tengah tak stabil sekarang?? maybe....dan akhirnya dia yang menjadi mangsa... oh jahatnya aku...

tp, tu la... dia selalu wat aku sakit hati n sedih...walaupun perkara tu kecik je sebenarnya.. kadang2 aku terfikir gak, aku ni sensitif sangat ke? em...ntah la.. aku rase marah kat dia, tp kadang-kadang aku sendiri pun tak tau kenapa aku marah.. dan akhirnya aku sendiri pun tak pasti ungkapan maaf tu sebenarnya patut di ungkapkan oleh dia atau aku.....

namun, yang aku pasti di bibirnya tak lekang mengungkapkan kata maaf walaupun aku sendiri tak pasti ape kesalahannya....

maafkan aku sayang....
aku baru je masuk opis ari ni.. sebab aku dapat mc 2 hari.. best gak. leh lepak2 kat umah. sebenarnya aku demam sehari je.. sehari lagi aku gunakan untuk wat2 keje rumah yang terbengkalai kerana demam..hehehehehe

actually sebenarnya aku demam dari hari sabtu lagi tp, ahad tu aku dah rase sihat sikit...so, aku pun kuar jugak la ptg ahad tu untuk jupe buah hati aku...
teruk aku kena perli ngan adik aku.. ye la, demam2 pun kuar.hahahaha

walaupun aku kurang sihat, tp best sgt jupe org tersayang petang tu... hilang sikit rase rindu.. sebenarnya aku xnak kuar pun..tp, dia asyik ckp rindu je...xsampai hati lak nak biar dia rindu lama2..kecian aku tgk.. huahahahaha

ari ni ingatkan leh la kuar lunch sama nanti, tp dia lak kena gi kemaman. geramnyerr...huhuhu..kena la tgu esok.. baru dapat jupe lagi..

rindunyer.....huhuhuhuh