pada pendapat aku la kan... dalam sesuatu perhubungan yang ikhlas, haruslah mampu untuk menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing... bagi aku, ini suatu perkara yang agak penting...
waktu-waktu yang aku habiskan dengan Dia, aku lebih suka mempamerkan kelemahan yang ada dalam diri aku berbanding kelebihan.. sebabnya kelebihan tu of coz la suma orang dapat terima kan... tp, yang kelemahan kita lum tentu orang dapat menerima.. jadi, aku banyak beritahu dia pasal apa yang kurang pada diri aku.
aku ni jenis yang suka belajar tentang hidup ni melalui pembacaan... daripada pembacaan aku, aku dapati ramai yang berpisah selepas berumah tangga kerana tak dapat terima kelemahan pasangan masing-masing.. ye la, time berkasih bercinta mesti la yang manis-manis dan yang lebih je nampak kan....bile dah duk bersama, baru la tau perangai yang tak nampak sebelum ni...actually banyak sebab untuk ke arah perpisahan, tp bagi aku tu adalah salah satu sebab yang agak penting jugak...
sebab tu la, aku banyak beritahu perangai-perangai aku yang kurang elok kat dia...tp, bukan bagitau saje-saje tau... aku beritahu dan cuba untuk ubah apa yang tak elok kat diri aku... sekurang-kurangnya andai kata aku tak sempat nak ubah sepenuhnya time bersama nanti, dia dah tau dan bagi sokongan kat aku untuk menjadi lebih baik.... tul tak??? betul la kot... hahaha
walau apa pun, demi cinta kiter.. saya akan cuba menjadi insan terbaik dan pasangan yang terbaik... i'll coz i'm really love u....
l'm promise my dear....


0 comments:
Post a Comment