dalam bulan pose camni.. kehidupan sehari-hari tak de la gempak sangat. sebab hari-hari yang berlalu sama je.. fikirkan makanan.. hahahaha

disebabkan kat umah aku yang kena uruskan makanan berbuka untuk ayah dan adik-adik, jadi aku tak berkesempatan untuk melancong ke bazar ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.. ok gak, sebab tahun ni aku kurang sikit nafsu nak makan. bayangkan, lepas berbuka, aku cuma makan nasi yang ada kat pinggan aku je. pastu, dah tak de tambah-tambah. lepas solat pun, tak de dah makan-makan.. wah..!! aku begitu kagum dengan diriku yang nak diet ni... hahahaha

bila cuti sem universiti bermula, barulah aku ada masa sikit nak chow time petang-petang. sebab adik pompuan aku ada balik. so, aku pun plan la nak
gi berbuka ngan Sweetheart... hehehhee.

aku biarkan dia yang pilih tempat sebab dia yang nak blanja.
then, bile pegi sana, inilah makanannya...hehehehe best gak makanan kat kedai ni. harga pun berpatutan.. bulan puasa ada lagi ni. nanti aku nak pilih tempat lak. biar aku lak blanja nanti.. leh berbuka 2 kali ngan kekasih hati.. hehehe

tahun depan insya Allah, kita akan berbuka bersama setiap hari ye darling.. saya akan masak untuk suami tercinta.. hehehe

INSYA ALLAH

0 comments:

Post a Comment